Tentang Kami

kioskmyeg

Tentang Agensi Darul Sufi

Agensi Darul Sufi adalah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat nasihat perancangan kewangan Islam sejak tahun 2010. Syarikat ini ditubuhkan hasil daripada buah fikiran 2 orang penasihat kewangan Takaful yang berjiwa besar. Kombinasi pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri kewangan Islam telah membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat nasihat yang komprehensif, efektif dan effisen bersesuaian dengan keperluan dan kedudukan kewangan pelanggan.

 

Sehingga kini, lebih dari 20,000 orang pelanggan telah dapat membuat keputusan yang tepat untuk melabur, memelihara, melindungi dan mengagihkan harta melalui instrumen kewangan Islam yang ditawarkan Darul Sufi iaitu TAKAFUL KELUARGA, TAKAFUL AM, TAKAFUL PERNIAGAAN, DAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM. Darul Sufi berkemampuan untuk mewujudkan pelan perancangan kewangan jangka panjang yang komprehensif untuk pelanggan.

 

Selain dari menawarkan khidmat nasihat perancangan kewangan Islam, Agensi Darul Sufi juga menawarkan perkhidmatan melatih wakil-wakil baru dalam bidang perancangan kewangan Islam. Modul-modul yang ditawarkan Agensi Darul Sufi adalah bersifat holistik, duniawi dan ukhrawi sesuai dengan keperluan dan pasaran semasa. Selain itu, Agensi Darul Sufi telah dilantik sebagai salah satu agen Kiosk MyEG yang berlesen dengan Jabatan Pengangkutan Jalan di Negeri Sembilan.

 

Agensi Darul Sufi adalah wakil korporat kepada :-

  • Etiqa Takaful Berhad
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  • Takaful Ikhlas Berhad
  • Al Salihin Trustee Berhad